“Book Descriptions: 15 tahun hidup bersama Syahril, Melani tak pernah terfikir pernikahannya akan berakhir dengan perceraian. api pilihan apa yang ada bila Syahril bertindak keja, dengan menduakan dirinya. Diam-diam Syahril menikah lain. Tanpa dia sendiri sedari, dia telah dimadukan selama satu tahun.
Marah. Kecewa. Sakit hati. Perasaan Melani berbaur-baur. Dia mencintai Syahril tapi dia juga tak mahu hidup bermadu. Jadi pilihan yang ada berpisah. Namun malangnya, Syahril pula tak mahu menceraikan dirinya.
"Abang takkan ceraikan Mel sampai bila-bila!"
"Kalau macam tu abang tunggu jelah surat cerai dari mahkamah!"
"Mel jangan nak pentingkan diri sendiri, apa salahnya kalau abang kahwin lagi? Abang mampu! Abang boleh bersikap adil."
Melani tertekan. Pun begitu, dia juga sudah tekad dengan keputusannya. Dia tetap mahu berpisah. Tapi Syahril juga tetap dengan pendiriannya. Melani takkan dilepaskan.
"Aku dah beritahu kau, kan? Aku takkan ceraikan kau sampai bila-bila. Jangan mimpi aku akan datang mahkamah tu. Bukan senang nak lepas dari aku, Mel. Kau tengoklah, hidup kau akan susah!"” DRIVE