Sedetik Waktu Takku Lupa
(By Syaf Asriqa) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Syaf Asriqa |
"Kau memang tak reti jaga anak ke sampai anak kau sesat? Ibu jenis apa kau ni?" - ASWAD FAJAR
Itu aksara pertama daripada Aswad buat Hajar. Persona Aswad yang bermulut puaka benar-benar mencabar naluri keibuan Hajar. Mahu menuturkan sebuah penghargaan saja Hajar kehilangan diksi.
Beberapa purnama berlalu, takdir mempertemukan Hajar dan Aswad lagi. Ada saja erti kebetulan yang terjadi di antara mereka. Seolah-olah, suratan takdir sudah tertulis buat Hajar dan Aswad.
"Awak ni memang tak ada adab ke dalam bercakap? Kesian eh... kekurangan nilai murni dalam hidup!" - HAJAR MALAIKA
Hajar direndam jengkel, Aswad semakin pedas melontarkan bicaranya. Namun, seiring dengan waktu, atma mereka mula dijentik dengan sebuah emosi. Baik Hajar mahupun Aswad, setiap pertemuan mereka seakan memberikan jeladeri emosi.
Hingga suatu saat...
"Kau dah ada perempuan baru ya? Rasanya, kau dah lupa dengan apa yang dah berlaku dulu. Ke kau nak aku ingatkan tragedi malam berdarah tujuh tahun yang lalu?"
Mahu mencipta sebuah kisah baharu bukan mudah bagi Aswad. Ada konsekuensi yang harus difikirkan. Ada nyawa yang akan tergadai andai dia memulakan sebuah kisah bersama Hajar.
Lantas...
"Kesalahan paling besar dalam hidup aku, bila aku buka ruang di hati aku buat Safiah. Bila aku bagi peluang untuk kau masuk dalam hidup aku. Jadi, kau tak payah berharap dengan aku."
Bermula dengan sebuah diksi yang menjengkelkan, berakhir pula dengan sebuah kepahitan. Luluh hati Hajar di saat Aswad menohok aksara perih di atmanya. Maka, kisah pahit Hajar bermula sekali lagi.
Jika takdir mereka sudah tertulis di Luh Mahfuz, bisakah sebuah kisah di antara Hajar dan Aswad tercipta tika ancaman menjadi tembok halangan?”