BookShared
  • MEMBER AREA    
  • Yang Dahagakan Cinta

    (By Hana Efriena)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 22 MB (22,081 KB)
    Format PDF
    Downloaded 598 times
    Last checked 9 Hour ago!
    Author Hana Efriena
    “Book Descriptions: Kisah hidup Yaseera agak malang. Dibenci oleh ibu kandung sendiri, bukankah ianya amat menyakitkan? Puan Khamilah salahkan Yaseera sebagai punca Yasmeena meninggal dunia. Kebencian pada Yaseera tidak mampu terucap dengan kata-kata sehingga dia pernah cuba mencekik Yaseera gara-gara kebencian yang berleluasa. Mujurlah ada Tuan Yusri menghalang tindakan gila Puan Khamilah.

    Aku ni dah lama sangat sakit mata tengok muka kau dalam rumah ni. Hampir 20 tahun aku bersabar. Dah alang-alang Yusri lumpuh, ni peluang aku nak ajar kau cukup-cukup. Kau jangan ingat ayah saudara kau tu boleh bela kau lagi, Seera. Kalau aku tahu aku akan bencikan kau sampai ke tahap ni, waktu hari pertama kau lahir lagi kau dah aku bunuh. - Puan Khamilah

    Bermacam-macam ujian terpaksa Yaseera lalui. Di dalam rumah itu, Yaseera dilayan tak ubah seperti seorang hamba abdi. Dan deritanya kian bertambah pabila Datin July, bekas bakal ibu mertua tak jadi Yasmeena bertandang ke rumahnya. Berkenan mahu jadikan Yaseera sebagai menantu, Yaseera disunting untuk Aysar Qhadif.

    Datin July nak kau jadi menantu dia. Aku nak kau terima pinangan tu. Aku memang dah tak nak tengok muka kau dalam rumah ni lagi. Kalau kau tolak pinangan tu, bukan setakat kebencian aku aje kau kena hadap. Tapi aku takkan pernah anggap kau sebagai anak aku lagi. Kau ganti tempat arwah Yasmeena supaya majlis tetap akan berlangsung. - Puan Khamilah

    Diugut, akhirnya Yaseera mengalah. Apatah lagi rasa cinta itu sebenarnya sudah lama ada buat Qhadif. Terpaksa dia pendam kerana Yasmeena juga mencintai lelaki yang sama. Pinangan Qhadif diterima. Yaseera fikir Qhadif ikhlas. Rupa-rupanya takdir hidup Yaseera tak ubah seperti keluar mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya.

    Kau nak tahu sebab apa aku beria-ia pinang kau, Yaseera? Sebab aku berdendam dengan kau. Kau penyebab tunang aku mati. Dan selagi aku tak bahagia, kau pun takkan pernah bahagia. Kau perlu rasakan kesakitan yang aku lalui. - Qhadif

    Ya, Qhadif kahwini dia semata-mata kerana dendam. Kerana Qhadif juga menganggap Yaseera sebagai punca kematian Yasmeena. Sama seperti Puan Khamilah. Patutlah Puan Khamilah begitu senang bersetuju, rupa-rupanya memang itulah rancangan mereka berdua. Mahu memberi derita, bukan kasih sayang mahupun cinta. Tambahan pula Puan Khamilah memang sudah tidak mahu melihat kelibat Yaseera di dalam rumahnya.

    Aku tak nak tengok muka kau ada dalam bilik aku. Tapi kalau aku halau kau tidur dekat luar, nanti mama akan tahu. Aku tak nak dengar mama membebel. Jadi tempat paling sesuai untuk kau tidur, cuma dekat balkoni tu. - Qhadif

    Malam pertama yang sepatutnya berlalu dengan indah, menjadi mimpi ngeri buat Yaseera. Dihalau tidur di balkoni, kesejukan mencengkam hingga ke tulang hitam. Yaseera fikir keadaan itu hanya untuk seketika. Berlarutan sehingga usia perkahwinan hanpir mencecah dua minggu.

    Encik, saya nak masuk. Dekat luar ni hujan lebat. Saya sejuk, encik. Baju saya pun dah basah kena tempias hujan. - Yaseera

    Rayuan demi rayuan, tetap juga tidak dihiraukan. Qhadif terpaksa mengalah bila satu hari Yaseera demam panas dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Tak mahu jadi punca kematian Yaseera.

    Mulai hari ni, aku izinkan kau tidur dalam bilik ni. Cuma kau kena sedar diri, aku buat bukan sebab kasihan. Aku bagi muka pada kau sebab aku tak nak kau mati depan mata aku. - Qhadif

    Layanan kasar, sudah terbiasa. Yaseera hadap dan lalui dengan penuh ketabahan. Meskipun dilayan seteruk itu, rasa benci itu tiada. Kerana cinta telah lama mendiami ruangan hati. Jauh di sudut hati, Yaseera harap dia mampu mendapatkan sedikit cinta daripada seorang suami. Malangnya, cinta Yaseera dipandang jijik oleh Aysar Qhadif.

    Aku tak sangka pula kau ni keji. Entah-entah kau memang sengaja nak ‘hapuskan’ Yasmeena sebab kau cintakan aku. Apa yang kau tulis dalam diari ni, Yaseera? Kau memang tak tahu malu eh? - Qhadif

    Saat tuduhan itu Qhadif lemparkan, Yaseera percaya cinta ini harus dia matikan perlahan-lahan. Ya, memang dia dahagakan cinta kerana diri tak pernah dikasihi oleh sesiapa. Namun andai cinta dia tidak layak dihargai, untuk apa dia terus berada di sisi Qhadif?

    Ya, saya memang cintakan encik. Waktu saya jadi isteri encik pun, saya masih berharap encik sudi berikan sedikit cinta untuk saya. Apatah lagi sejak kecil saya tak mampu rasakan kasih sayang keluarga sendiri. Tapi saya takkan pernah sanggup jadi seorang pembunuh semata-mata mahu rebutkan cinta encik daripada dia. Yasmeena, satu-satunya orang yang selalu ada dengan saya. Takkan tegar saya tukarkan nyawa dia demi kepentingan saya. Andai sejahat itu saya di mata encik, lepaskanlah saya. Kesakitan ini, hampir membunuh saya. Encik masih belum puas? Atau dengan melihat jasad kaku saya saja akan memuaskan hati encik? Jika begitu, matikanlah saya dengan kedua-dua belah tangan encik. - Yaseera

    Saat Yaseera menghilang pergi, tiba-tiba Qhadif merasakan perasaan yang sama. Perasaan ‘sakit’ saat dia kehilangan arwah Yasmeena setahun yang lalu. Satu rahsia terbongkar. Membuatkan Qhadif separuh sasau cuba menjejaki Yaseera demi menuntut sebuah penjelasan. Andai ketemu, masih samakah rasa yang bermukim di hati Yaseera? Dan apa pula penjelasan yang dimahukan oleh Qhadif?”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Dendam Bersulam Cinta

    ★★★★★

    Sara Aisha

    Book 1

    Jibrael: You're...mine!

    ★★★★★

    Suci Hidayat

    Book 1

    Hey Klaus

    ★★★★★

    Nurul Ain Syuhada

    Book 1

    Benci Kurindu

    ★★★★★

    LollySnow

    Book 1

    Miss Nina Cucu Tok Pa

    ★★★★★

    Sha Ibrahim

    Book 1

    Itu Kamu

    ★★★★★

    Sha Ibrahim

    Book 1

    Dating Ke-7

    ★★★★★

    Cik Amal Amina

    Book 1

    Pejuang Cinta

    ★★★★★

    Cik Bawang

    Book 1

    Mr. Nice Jerk

    ★★★★★

    Illa Shanahila

    Book 1

    Kita Hanya Kawan?

    ★★★★★

    Mia Azwari

    Book 1

    Zer & Fiya

    ★★★★★

    Sha Ibrahim

    Book 1

    My Badass Husband

    ★★★★★

    Cik Bawang

    Book 1

    Wangian Cinta Hanania

    ★★★★★

    Sha Ibrahim

    Book 1

    Honey Trap

    ★★★★★

    Rinsya Chasiani

    Book 1

    Takdir Yang Takkan Kulepaskan

    ★★★★★

    Illa Shanahila

    Book 1

    Sumpah

    ★★★★★

    Rehan Makhtar

    Book 1

    Tuan Editor Garang

    ★★★★★

    Rinsya Chasiani

    Book 1

    Heroin Untuk Angah

    ★★★★★

    Mia Azwari