“Book Descriptions: Hidup akan hambar tanpa stres, namun bukan semua stres itu menjadikan kita manusia yang lebih baik. Ada stres yang datang dalam hidup persis tetamu yang toksik, singgah dan kemudiannya menjajah minda.
Oleh kerana itu otak manusia dicipta dengan pelbagai struktur yang menyediakan kita dengan pertahanan menghadapi stres. Amygdala yang bersedia untuk lari atau melawan dan otak frontal yang akan memberi isyarat rasional dan membuat keputusan dengan hikmah. Namun siapa yang akan menjadi panglima yang menguasai medan pertempuran ini? Amygdala yang beremosi atau otak frontal yang tenang?
Buku ini menjawab 101 persoalan penting tentang stres dan tip praktikal bagaimana anda harus menyusun kehidupan sebagai individu yang kental dengan tekanan hidup agar stres dikuasai, bukan menguasai.” DRIVE