“Book Descriptions: Kandungan sajak dan catatan dalam buku ini, melangkaui pelbagai tema dan persoalan yang berkisar dalam kerangka realiti B40 penulis sendiri. Dari kemarahan ke percintaan, dari kekecewaan ke kematian, dari politik ke realistik, dari bumi ke galaksi. Segalanya cumalah refleksi diri penulis terhadap kenyataan hidup yang dialaminya sendiri dalam konteks dan momen yang berbeza, mencuba untuk menyalurkan rasa dan gangguan jiwa yang tak mampu dijawabnya, ke arah sesuatu yang lebih sihat dan bermakna (harapnya), daripada mengamuk atau mencederakan siapa-siapa.
Sajak-sajaknya bersifat peribadi, mencuba mencari kesedaran sebelum mimpi. Niatnya ditulis untuk memperbaiki diri, bukan untuk dijual beli. Tapi bila dah jadi begini, maka benarlah kata-kata orang bijak yang wujud sebelum ini; apa yang terjadi telah terjadi, masa depan tetaplah misteri. Semoga ada yang membeli, semoga ia membawa erti.” DRIVE