BookShared
  • MEMBER AREA    
  • Sherlock Holmes: Pembunuhan di Wisteria Lodge, Misteri Kotak Kadbod, Misteri Kumpulan Lingkaran Merah & Kisah Detektif yang Nazak

    (By Arthur Conan Doyle)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 22 MB (22,081 KB)
    Format PDF
    Downloaded 598 times
    Last checked 9 Hour ago!
    Author Arthur Conan Doyle
    “Book Descriptions: Pembunuhan di Wisteria Lodge
    John Scott Eccles datang ke Baker Street dalam keadaan tidak terurus, marah dan keliru. Belum sempat dia menceritakan masalahnya kepada Holmes dan Dr. Watson, dua pegawai polis muncul di pintu rumah Holmes. Mereka sedang mencari Eccles untuk membantu siasatan serta mahukan keterangan daripadanya. Eccles terkejut kerana dia disyaki membunuh Aloysius Garcia, tuan rumah Wisteria Lodge tempat dia bermalam pada malam itu. Sedangkan, dia datang menemui Sherlock Holmes adalah kerana dia buntu apabila bangun pada pagi itu, seluruh isi rumah Wisteria Lodge telah hilang. Adakah benar John Scott Eccles seorang pembunuh?

    Misteri Kotak Kadbod
    Cik Susan Cushing menerima bungkusan yang menakutkan yang dipos kepadanya. Bungkusan itu berupa sebuah kotak kadbod yang berisi dua cuping telinga manusia yang diletakkan bersama-sama garam kasar. Inspektor Lestrade mengesyaki ia adalah usikan nakal daripada bekas penuntut Cik Susan yang berdendam dengannya. Bagaimanapun, apabila Sherlock Holmes melihat bungkusan itu, dia serta-merta mengatakan ia adalah bukti satu jenayah serius. Holmes memberitahu Lestrade yang dia akan membantu menyiasat kes itu, bagaimanapun dia tidak mahukan pegawai polis itu memberi kredit kepada namanya kerana baginya kes itu terlalu mudah. Dari mana datangnya dua cuping telinga itu?

    Misteri Kumpulan Lingkaran Merah
    Puan Warren, seorang tuan punya rumah sewa menghadapi masalah penyewa yang aneh. Penyewanya seorang lelaki muda yang berjambang lebat, dan bahasa Inggerisnya mempunyai loghat yang pelik. Dia hanya kelihatan pada hari pertama dia berada di situ, namun selepas itu tiada sesiapa pun yang berada di rumah itu pernah melihatnya. Dia memesan barang-barang daripada Puan Warren dengan cara yang pelik, iaitu dengan menulisnya menggunakan huruf cetak pada kertas dan meninggalkannya di atas kerusi di luar bilik. Sherlock Holmes yang pada mulanya tidak berminat dengan kes itu lantas menukar fikirannya. Kenapa penyewa itu terlalu berahsia? Adakah dia seorang penjenayah yang dikehendaki atau dia cuba bersembunyi kerana takutkan sesuatu?

    Kisah Detektif yang Nazak
    Puan Hudson menemui Dr. Watson, menyampaikan berita Sherlock Holmes sedang sakit teruk dan tidak makan serta minum selama tiga hari. Dr. Watson terkejut kerana dia tidak tahu-menahu tentang hal itu. Apabila mengunjungi Holmes, Dr. Watson sekali lagi terkejut kerana dia tidak dibenarkan berada dekat dengan Holmes, dan sahabatnya itu tidak mahu dirawat walaupun keadaannya kelihatan sudah amat teruk. Setelah puas memujuk, akhirnya Holmes bersetuju untuk dirawat oleh seorang individu yang dipilihnya sendiri bernama Culverton Smith. Holmes mengenakan syarat tertentu kepada Dr. Watson dan mula meracau- racau. Adakah Sherlock Holmes sempat dirawat atau sikap egonya akan membawa maut ke atas dirinya sendiri?”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Wasiat Dari Langit Eropah

    ★★★★★

    Dayana Chacho

    Book 1

    Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja

    ★★★★★

    Teme Abdullah

    Book 1

    INTROVERT

    ★★★★★

    Abstrakim

    Book 1

    Kumpulan Cerpen: BIHUN GORENG BERKUAH LAKSA

    ★★★★★

    Nordin Saad

    Book 1

    The Insect (Edisi Bahasa Melayu)

    ★★★★★

    Minhye Zang

    Book 1

    Ayahku: Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan Kaum Agama di Sumatera

    ★★★★★

    Hamka

    Book 1

    Bergaji & Pokai: Membina Kehidupan Bebas Tekanan Melalui Pengurusan Kewangan Yang Realistik

    ★★★★★

    Suraya Zainudin