“Book Descriptions: Tiada salah dari Tuhan yang merencana kehidupan. Tiada salah dari Tuhan yang menghadirkan ujian. Salahnya dari kita yang mencipta kunci kepada sebuah pilihan. Kerana dengan pilihan itu menentukan pintu senyuman atau tangisan. Sedih dan luka hadirnya seiringan. Kejadian yang membuatkan kita sebak, peristiwa yang mengalirkan tangis esak. Sengsara itu tidak akan bergantung lama. Sampai masa tali derita itu akan putus. Hanya kamu yang perlu meleraikan simpulan masa. Masa lalu yang membuatkan kamu kekal terluka. Berdamailah dengan hati. Berdamailah dengan jiwa. Setiap duka yang terjadi, pastikan ada bersamanya tawa. Tiada sedih yang bergaung lama. Akan hadir kelaknya bahagia. Lepaskan, biarkan dia pergi. Selagi kamu bergantung pada tali yang tidak pasti, tangan kamu akan berdarah hingga ke sisi. Buku ini adalah pemutus kepada tali, penyambung kepada hati. Lepaskan, yakni kamu mampu berdiri kembali.” DRIVE