Selalu Ada Untukmu
(By Zaza Qry) Read EbookSize | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Zaza Qry |
Disebabkan insiden yang tidak pernah Ziyara terfikirkan itu, dia terpaksa tinggal dengan lelaki yang nampak bencikan dia sebagai perempuan iaitu Hanz.
"Dengan aku, masih boleh berkompromi. Dengan orang lain, aku tak jamin. Entah-entah sekarang kau sudah diratah orang." - Hanz
Mujurlah Hanz bukanlah lelaki yang boleh mengapa-apakan dia. Tapi, kenapa Hanz menyimpannya sedangkan Hanz sendiri tidak sukakan dia? Siap ajak kahwin pula tu.
Setelah lama bersama Hanz, Ziyara cuba membawa Hanz kembali ke pangkal jalan. Tidak mahu Hanz terus tersesat. Ziyara sangka Hanz bencikan perempuan, sedangkan bukan begitu. Hanz cuma bencikan Ziyara berbaju kurung. Eh, ada pula lelaki yang alergi baju kurung ya!
"Kau nak cuba sama ada aku boleh tertarik dengan perempuan macam kau?" - Hanz
"Dah banyak kali saya buat, awak tak tertarik pun." - Ziyara
Kerana sayangkan Hanz, Ziyara mahu menyempurnakan misinya. Godaan demi godaan ditunjukkan di depan Hanz. Mahu lihat sejauh mana Hanz sanggup bertahan. Sudahnya, Ziyara pula yang tak berapa nak bertahan.
"Si penggoda kena terima kalau orang yang digoda tu sudah tergoda." - Hanz
Bila itu yang diucapkan Hanz, Ziyara pula yang gelabah. Gelabah-gelabah pun, dia rela. Hanz kan suaminya. Namun, manis-manis kisah mereka tetap ada masam dan pahitnya. Yang penting, Ziyara tahu Hanz selalu ada untuknya.”