Taranum Lelaki Rambut Perang
(By Usako Princessz) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Usako Princessz |
Dayang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat permintaan khas tersebut sehingga sanggup menghukumnya sehingga kini? Gelaran sinis yang mengejek warna kulit hitam manisnya membuat Fadillah makin tertekan.
Segalanya berubah dengan sekelip mata. Jiwa Fadillah mula berbunga mekar. Pesona Naifi bagai seorang hero yang berjaya membasuh luka nuraninya. Dia suka bila mendengarkan nada dan alunan taranum itu. Kala yang lain enak berfoya-foya membuaikan halwa telinga dengan lagu-lagu rentak terkini, dia pula selesa dengan taranum yang indah daripada sang pujaan hati.
"Game apa? Kau dah tengok sendiri malam tadi kan, aku dah proposed dia depan semua. Itu pun kau cakap game? Kau jangan nak maki aku! Kau tak dengar ke semalam, dia juga sayangkan aku! Kau yang tiba-tiba memekak kenapa?" - SYED MUHAMMAD NAIFI AZHARI
Hubungan cinta yang terjalin menjadi keruh tatkala gadis itu terasa dipermainkan. Fadillah mula mengatur strategi membalas semua kesumat yang dicampak lelaki itu ke jiwanya.
"Aku dengan dia tiada hubungan istimewa pun. Apa yang kau lihat itu cuma lakonan semata-mata. Tapi aku nak kau tahu sesuatu. Lakonan aku tamat malam ini. Kalau ada sesuatu yang sangat menyakitkan hati kau nanti, percayalah, itu hanya lakonan berbayar." FADILLAH MARISSA
Segalanya yang berawal sebagai suatu permainan akhirnya menjerut diri sendiri. Mencintai dalam masa yang sama mempermainkan gadis itu. Naifi bagai tersungkur di dalam perangkapnya sendiri.
Bila rasa dendam menguasai, untuk apa mempertahankan sebuah kejujuran yang tak pastl?
Adakah cinta sebenar antara Fadillah dan Naifi itu benar-benar ada atau angan-angan yang berlalu pergi?
Hanya kerana 99% perasaan benci, melenyapkan baki 1% dek dendam.
Jika dibuang yang benci, sekelumit baki sayang yang tersorok itu pasti akan bercambah mendominasi seluruh rasa menjadi satu yang suci.”