“Book Descriptions: Cantik, janda dan miskin. Itu ciri-ciri seorang Qalisa yang membuatkan dia diupah Elyana untuk melakukan satu ‘tugasan’. Atas desakan hidup dan terdesak, Qalisa terpaksa menerima. Tugasan yang dimaksudkan adalah membuat Faid jatuh cinta kepadanya walaupun dia sedar Faid adalah suami orang.
Bagi menjayakan tugasan, Qalisa bekerja sebagai tea lady di syarikat lelaki itu. Tanpa perlu dia mendekat, Faid sendiri yang datang merapat. Tak perlu memikat tapi Faid seakan sudah terpikat.
“Qalisa... kenapa awak jual mahal sangat dengan saya?” - Faid
“Saya tak boleh keluar malam dengan lelaki. Lagipun encik suami orang. Apa orang kata nanti.” - Qalisa
Ketika rancangan berjaya, dia diarahkan untuk meninggalkan lelaki tersebut. Tapi satu kejadian telah membuatkan mereka berdua terikat. Faid rela mengahwini Qalisa walaupun dia tahu Qalisa diupah oleh isterinya sendiri.
“Aku tetap nak kahwin dengan kau. Kalau 3 bulan kau permainkan perasaan aku... tak salah kalau aku permainkan perasaan kau seumur hidup, kan?” – Faid
“Tak nak! Saya tak boleh kahwin dengan encik. Jangan nak buat kerja gila.” – Qalisa
Qalisa menyalahkan diri disebabkan tersalah aturan cinta sehingga memerangkap dia dengan sebuah perkahwinan tak dijangka. Bolehkah mereka menggapai bahagia sedangkan dalam hati masing-masing masih curiga? Siapakah Naqif sebenarnya sehingga Qalisa sanggup berkorban segalanya?” DRIVE