Dia Cinderella Amanda
(By Emma Zara) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Emma Zara |
Tiba di Malaysia, sekali lagi Aireen didajalkan oleh kakak angkatnya, Maisarah. Kerana Maisarah, penampilan dan wajahnya yang cantik sudah tidak ubah lagi seperti seorang gadis gothic. Aireen semakin dibenci.
Zhariff Iskandar…. Lelaki yang paling digeruni Aireen sejak di New York lagi apabila Aireen tidak sengaja memalukan Zhariff di sebuah parti. Namun siapa sangka, lelaki itulah bakal suaminya nanti?
“Bagitau I Zhariff, siapa perempuan yang you cari tu!” - Maisarah
“I cari perempuan tu sebab I berdendam dengan dia! Sebab dia dah malukan I depan orang ramai. Sekarang puas hati you?!” – Zhariff
Walhal, Zhariff tidak pernah berdendam dengan gadis bernama Amanda itu. Cuma sekadar ingin mengembalikan gelang tangannya yang tercicir di parti sahaja.
Namun, kata-kata itu membuatkan Aireen semakin gerun dengan lelaki itu. Aireen terpaksa berpura-pura menjadi gadis gothic supaya Zhariff tidak mengenali wajahnya yang sebenar.
“Muka dah macam hantu!” - Zhariff
“Woi mamat! Mulut kau tu tolong jaga sikit. Nanti tak pasal-pasal aku tendang kau dari rumah ni.” - Aireen
Bertelingkah mulut sudah menjadi makanan harian mereka. Namun tatkala cinta sudah berputik, ada pula halangan yang mencemburui mereka. Angkara Naufal dan Nasya, Aireen yang tidak bersalah akhirnya digantung tidak bertali! Aireen semakin menderita.
Dapatkah salah faham antara mereka akan terlerai? Sedarkah Zhariff bahawa Cinderella Amanda yang dicarinya selama ini ialah isterinya sendiri?”