“Book Descriptions: Penjara Manusia Sepi dan jerung gergasi. Dua benda yang paling ditakuti, namun sudah tiba giliran Sufian dan kawan baiknya, Hairul disumbat masuk ke penjara itu selepas gagal mencari pasangan hidup masing-masing. Tak ada cara lain untuk keluar dari situ, melainkan berkahwin, atau dijadikan santapan jerung gergasi dalam laut yang mengelilingi penjara itu.
Pertemuan dengan Joanna, gadis pelumba yang berpenampilan tomboy membuatkan hati Sufian berdebar-debar. Tawaran untuk mengahwini gadis itu dilihat sebagai jalan untuk dia melepaskan diri dari Penjara Manusia Sepi. Tapi ada satu masalah besar, yang rasanya boleh menjejaskan peluangnya untuk kembali menjalani hidup seperti biasa di luar sana.
Sufian tak ada pilihan lain, jalan seterusnya adalah untuk melarikan diri. Tapi bagaimana caranya, dan bersama siapa?” DRIVE