“Book Descriptions: Engkau mengetahui bahawa hatiku ini sentiasa mendambakan-Mu. Ya Allah, bantu aku membebaskan diriku daripada cinta dunia, pasti aku tidak akan berhenti walau sesaat pun dalam beribadah kepada-Mu.
Cukuplah Allah Sebaik-Baik Pelindung.
“Ya Allah, jika bukan Engkau yang memberikan aku keselamatan, kesihatan, nikmat, kebahagiaan dan kemudahan untuk aku menempuhi segala ranjau dunia ini, maka akan gundah gulana kehidupanku.”
“Ya Allah, bagaimana mungkin aku sombong walhal aku lemah dan hanya Engkau yang Maha Perkasa. Ya Allah, bagaimana mungkin aku menjalani hidup ini tanpa-Mu?”
“Semoga kesibukan aku di dunia tidak memalingkan hatiku daripada-Mu. Ya Allah, jangan biarkan aku sendiri walaupun sekali.”” DRIVE