“Book Descriptions: Selama lebih kurang enam bulan, Al melakukan penyamaran semata-mata untuk misi mencari Chinta, seorang gadis Jogjakarta tang hilang selepas beberapa bulan berada di Malaysia. Hasil siasatan Al mendapati, kali terakhir Chinta dilihat memasuki bangunan HATAL milik seorang pakar psikiatri yang sangat popular di Malaysia, Dr. Aduka Taruna Ahmad Lazim.
Dalam masa yang sama, Detektif Badrol telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan warga asing yang semakin meningkat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Siasatannya telah turut membawa dia ke klinik psikiatri Dr. Aduka Taruna yang dikatakan telah menyembuhkan ramai pesakit dengan rawatan terbaru. Detektif Badrol juga berkenalan dengan Alizee, seorang wartawan muda ranggi yang sering kelihatan di bangunan milik Dr. Aduka.
Kebenaran yang terbongkar telah mengubah misi Al menjadi lebih gila. Misi menyelamat berubah kepada misi membalas dendam. Kebaikan dan kejahatan berbaur. Akhirnya kita tertanya-tanya, di dalam hidup ini, siapakah sebenarnya yang majnun.” DRIVE