Ratu Kala Jengking Puteri Keranda
(By Ameera Ameer) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Ameera Ameer |
mereka. Dia tidak bertepuk sebelah tangan apabila Awang juga mencintainya dalam diam. Bila cinta diikat, Siti dan Awang bagai belangkas yang tidak mampu dipisahkan.
Dalam leka menyemai kasih, gelora jiwa muda dan nafsu melangkaui akal. Mereka terkhilaf dan kerana khilaf itu Siti berdepan dengan dugaan yang tidak mampu diterima akal. Wajah cantik yang menjadi pujaan tiba-tiba bertukar jelik. Dia dihina, dibenci dan dipinggirkan. Kekasih hati yang selama ini dipuja-puja turut memandangnya jijik.
“Hurmmm… dah macam muka hantu abang tengok! Siti tahu tak satu kampung mengutuk abang. Abang malu tahu tak?!” – Awang
Siti nanar. Kata-kata Awang bagai belati yang menikam jauh ke dasar hati. Dia menjauh dan sedang dia berusaha mencari panawar, Mawar mencadangkan Siti mencari nenek kebayan.
Tekad untuk sembuh, Siti terus ke Gunung Panti menjejak wanita tua itu walau dihalang keras oleh ibunya. Setelah menempuh pelbagai rintangan, Siti berjaya bertemu nenek kebayan dan dengan bantuan nenek kebayan akhirnya Siti sembuh. Tetapi untuk sembuh dan cantik, ada janji yang perlu Siti tepati yang akhirnya memakan diri.
Kerana melanggar janji maka bermulalah sumpahan ke atas dirinya. Sejak itu, setiap suami yang Siti kahwini pasti akan mati keesokan harinya menyebabkan hidupnya menderita.
Mampukah Siti melepaskan diri dari sumpahan yang menimpanya atau selama-lamanya dia akan digelar sebagai Puteri Keranda?”