Trilogi Epik Cinta III: Arjuna Barata
(By Fizziany) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Fizziany |
Dialah harapan untuk mengembalikan kemakmuran mutlak Maya Sakta.
Dialah yang akan membebaskan seluruh makhluk dari penghambaan dunia.
Kemelut yang melanda berabad lama bakal dileraikannya.
Dialah manusia berhati mulia, adil dan saksama. Dialah Arjuna Barata.
Arjuna Barata - kesinambungan episod lalu yang akan menyaksikan kebangkitan seorang raja. Apabila menyedari dunia berputar pada dimensi yang mencelarukan minda, menghenyak rasa, meragut kemanusiaan dan merenggut kepercayaan dalam setiap jiwa makhluk Maya Sakta, Arjuna dalam dilema.
Mahu saja diabaikan, tapi kelak seluruh dunia bakal tak punya masa depan. Indrakayangan harus dihentikan, atau dia boleh hidup dalam buruan sambil menyaksikan jiwa tak berdosa mati satu demi satu dalam sistem penghambaan.
Bersama sekumpulan wirawan dan berbekalkan Pedang Panji Alam, Arjuna Barata mewujudkan satu pakatan dan melancarkan satu gerakan demi menuntut pembebasan.
Gerakan secara halus yang dibuat, tanpa sedar telah mencambahkan semangat kebangkitan dalam jiwa seluruh rakyat Maya Sakta yang dahagakan perubahan, sehingga akhirnya membawa kepada peperangan.
Dalam masa yang sama, dia juga lelah berjuang memujuk cinta hati kesuma jiwa, Puteri Ayu Wijayamala yang sudah merajuk kerana kesilapan lalu. Cinta yang singgah sebentar cuma, rupa-rupanya telah meninggalkan luka yang tak bisa sembuh dan kenangan yang takkan luntur.
Rupa-rupanya, hendak mengendalikan seorang perempuan, ternyata lebih payah daripada hendak mengendalikan perang!”