BookShared
  • MEMBER AREA    
  • Projek Seram: CINCIN

    (By Aida Adia)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 25 MB (25,084 KB)
    Format PDF
    Downloaded 640 times
    Last checked 12 Hour ago!
    Author Aida Adia
    “Book Descriptions: “Tiada hebatnya sesuatu itu jika tiada ‘kuasa’ bersamanya!” / CINCIN PUAKA ZAMRUD - Aida Adia

    Setelah kematian bapanya, Aryan sering didatangi mimpi pelik seolah-olah roh bapanya tidak tenteram di alam sana. Aryan mengesyaki peti kayu Jawa kuno warisan tinggalan nenek moyang yang disimpan oleh arwah bapanya itu pasti menyimpan suatu rahsia atau jawapan akan maksud mimpi-mimpinya itu.

    Namun, setelah berjaya membuka peti lama itu, bukan jawapan yang Aryan perolehi tetapi bala pula menimpa diri serta keluarganya. Sebentuk cincin zamrud di dalam peti lama itu rupanya berpuaka dan patut dimusnahkan oleh arwah bapanya, namun tidak sempat kerana bapanya jatuh sakit dan meninggal dunia dalam keadaan tragis.

    “Hanya yang berdarah asli dapat mewarisi cincin yang membuka dunia terhijab!” / SAKTI CINCIN - Naim Tamdjis

    Salim Bach berasa panik apabila dirinya diekori seorang lelaki tua yang memakai cincin batu delima. Suatu hari, dia cuba untuk melarikan diri daripada dirompak dan diselamatkan oleh lelaki tua yang mempunyai kekuatan luar biasa itu. Misteri lelaki tua itu terbongkar setelah Salim Bach memperkenalkan lelaki itu kepada bapanya, Malek Bach. Rupa-rupanya lelaki tua itu adalah datuknya yang ingin mewariskan cincin yang mampu membuka hijab dunia gelap.

    Setelah lelaki tua yang dikenali sebagai Tok Aki itu pulang, sesuatu telah berlaku apabila vampira mengganas memburu mangsanya. Akibatnya, makhluk dari dunia gelap memburu Tok Aki dan keluarga Salim Bach. Terselamatkah mereka daripada diburu oleh Warewolf, Frankestein, Casper dan Freddy The Night?

    “Dia hak aku!” / KHADAM - Akma Saidon

    Mimpi-mimpi aneh yang diterima Wanda setelah tiga bulan meninggalkan Kampung Serindit Emas sering mengganggu tidurnya. Semenjak didatangi mimpi-mimpi itu, hidupnya tidak tenteram. Dia selalu merasakan ada sesuatu yang mengekorinya. Pertemuan antara Wanda dan Seirra merungkai segala-galanya. Mampukah Wanda melepaskan diri daripada gangguan mimpi-mimpi aneh itu? Berjayakah Seirra membantu Wanda daripada terus diganggu? Tanpa sedar, ada dendam yang bersimpul di hati. Ada mata-mata ghaib yang sentiasa memerhati!”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Objection

    ★★★★★

    Rehan Makhtar

    Book 1

    KAMPUS

    ★★★★★

    Syafiq Aizat

    Book 1

    Projek Seram: Guard

    ★★★★★

    Akma Saidon

    Book 1

    The Story of Maria

    ★★★★★

    A. Darwisy