“Book Descriptions: Tiga jiwa - Sofie, Ajmal dan Emry yang pernah terperangkap dalam cinta tiga segi diuji lagi selepas menamatkan pengajian di England. Sikap mementingkan kerjaya Ajmal, egonya, serta persepsinya tentang peranan dan kuasa suami sering buat Sofie berkecil hati. “Is the feeling over? Is the magic gone?” –SOFIE. Sewaktu trekking di hutan Thailand selepas tamat tugasan luar negara, Ajmal yang bertempur dengan kumpulan penyeludup diisytiharkan terkorban. Hamil, Sofie tinggal bersama ibu mertua. Ditakdirkan Tuhan, semasa ditimpa kemalangan, dia dibantu oleh Emry. Tamat edah Sofie, Siah yang melihat Emry sebagai pengganti Ajmal meminang Sofie di luar pengetahuan Emry. Demi mertua, anak-anak dan dendam, Sofie menerima. Tetapi, Emry dilayan seburuk-buruknya. Berang, mamanya, Zainab nekad memberi Sofie pengajaran. Derita zaman remaja Emry yang diketahui selepas kemunculan adik tiri juga buat Sofie menilai diri. Semasa menemani Emry menemui uminya di Scotland, hubungan mereka bertambah baik. Di universiti lama, Sofie meminta Emry melakukan sesuatu bagi meredakan traumanya. Sejak itu, mereka rapat terutama selepas terbongkarnya satu rahsia. “As a one-woman man, I’m still drown in you.” –EMRY. Sementara itu, Ajmal yang sebenarnya tidak mati diselamatkan oleh puak bukit dan hidup seperti mereka. “Aku suka dia, pak. Aku mahu dia.” -NAMTHIP. Tahun berlalu. Hubungan Emry dengan ibu dan adik-beradik Ajmal kian kukuh. Namun, semua berantakan apabila Ajmal ditemui.” DRIVE