Operasi Badar: Mencalar Keangkuhan Yahudi
(By Rafe Rahmat) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Rafe Rahmat |
Kekuatan Isarel adalah pada pasukan kereta kebal, pasukan udara serta sistem panggilan mobilisasi pasukan simpanan yang cekap dan pantas. Tidak banyak pula negara yang mahu membekalkan senjata kepada Mesir, kecuali Kesatuan Soviet. Apabila Mesir merayu supaya Soviet membekalkan senjata canggih seperti peluru berpandu Scud dan jet pejuang MiG-23, pemimpin Soviet menyindir dengan mengatakan bahawa Mesir perlu ada tiga perkara untuk berperang:
1.Senjata.
2.Latihan.
3.Semangat.
Beliau menyambung lagi “Kamu telah memiliki yang pertama dan kedua”, katanya. Pada jam 2 petang, 6 Oktober 1973, Operasi Badar dilancarkan dan dalam masa 24 jam, 850 buah kereta kebal dan ratusan ribu tentera Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez. Pada masa yang sama, tentera Syria juga melancarkan serangan mengejut di Bukit Golan.
Israel panik kerana tidak menyangka Mesir dan Syria akan berperang dalam bulan Ramadan serta Yom Kippur iaitu hari suci bagi orang-orang Yahudi. Apakah transformasi yang telah dilakukan oleh Mesir dan Syria sehingga yakin untuk berhadapan dengan Israel? Apakah muslihat yang mereka gunakan? Dapatkan jawapannya di sini.”