Engkaulah Bidadari; Suamiku Tauke Pisang
(By Adnil Zaff) Read EbookSize | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Adnil Zaff |
Lutfi dan Aisyah, adik-beradik angkat yang terpaksa bernikah akibat desakan bapanya kerana bimbang fitnah orang. Ironisnya, mereka berdua saling cinta dalam diam. Namun kerana saling memendam, mereka jadi tidak serasi.
5 tahun Aisyah melarikan diri daripada Lutfi kerana menyangka cintanya tidak berbalas. Setelah pulang dari UK, hubungan mereka terus getir akibat salah sangka. Kehadiran Hisyam dalam hidup Aisyah menambah dendam di hati Lutfi yang selama ini dalam diam sudah banyak berkorban demi Aisyah.
Terburu-buru! Kerana cemburu buta dan tidak mahu mendengar, Lutfi menghukum Aisyah kerana Hisyam. Dalam keadaan hati sudah begitu lama berharap, hati Aisyah mula menjadi tawar dengan sikap Lutfi. Mereka semakin tidak serasi. Sudahnya cerai menjadi jalan keluarnya.
5 tahun berlalu, alah bisa tegal biasa, Aisyah hidup dalam buangan keluarga yang berat sebelah layanannya. Lutfi kembali ke Malaysia untuk menagih kasih Aisyah. Pulang setelah dia mengerti apa yang Aisyah mahukan daripadanya sebagai suami.
Apakah sebenarnya yang kurang antrara mereka? Engkaulah Bidadari kisah tentang dua manusia saling cinta. Tetapi cinta saja tidak memadai jika tiada pemahaman jiwa. Begitulah mereka berdua. Biar sejauh mana mereka berpisah, hati terus terikat menjadi satu. Tetapi tiada makna jika jiwa terus merasa sengsara.
Suamiku Tauke Pisang
Panglima mencari isteri. Lalu ditawar anak daranya oleh Tok Kenanga. Adinda...gadis kampung yang mabuk nak ke kota. Terpaksa pula menjadi isteri Panglima. Lelaki sengal yang dia tidak minat langsung!
Tetapi dah bersuamikan Panglima, barulah dia sedar betapa istimewanya lelaki seperti Panglima buat dirinya. Lelaki itu miskin harta tetapi kaya jiwanya dengan kasih sayang.
Rahsia pusaka terbongkar setelah Panglima dihalau oleh bapa saudaranya dari rumah pusaka. Apakah rahsia itu? Suamiku Tauke Pisang akan memberikan jawapannya.”