“Book Descriptions: Tiga saudara Waji, Nas, dan Umai mengikat sumpah untuk tidak bercerita tentang kejadian yang berlaku pada malam kehilangan Sari sampai bila-bila. Tragedi berdarah itu biarlah terkubur begitu sahaja.
Sepuluh tahun berlalu, semuanya berubah apabila Sari pulang ke rumah.
“Cik Sari… Cik Sari dah balik ke rumah.” “Sari masih hidup,” “Jadi dia tak mati malam tu?” “Kalau pun dia tak mati malam tu, macam mana dia boleh survive sepuluh tahun dalam hutan tu? Sepuluh tahun! Tak masuk akal!”
Perjalanan Nashita mencari jawapan kepada kisah silam membawa langkahnya ke pintu Vila Mandura – sebuah vila kepunyaan keturunan keluarga Mandura iaitu keluarga Sari.
“I tahu ada yang tak kena.” “Maksud you?” “Sari...”” DRIVE