BookShared
  • MEMBER AREA    
  • My Next Husband?

    (By Aulia Iman)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 21 MB (21,080 KB)
    Format PDF
    Downloaded 584 times
    Last checked 8 Hour ago!
    Author Aulia Iman
    “Book Descriptions: Dia Noah Safwan, jodoh yang diatur untuk Rindu Sofrina. Kedua-duanya tidak pernah bertemu, tidak pernah mengenali, dan tidak punya rasa cinta di antara satu sama lain. Namun satu kemalangan yang menjadi punca gadis itu kematian ibu bapanya, menjadi asbab untuk Noah Safwan mengambil Rindu Sofrina sebagai isterinya yang sah.

    Ternyata menjalani kehidupan alam rumah tangga tanpa sekelumit rasa cinta bukanlah sesuatu yang mudah. Perselisihan sering kali terjadi, persengketaan tidak pernah sunyi menerpa kehidupan keduanya hingga memaksa Noah Safwan keluar dari perkahwinan yang tidak diinginkan.

    Lima tahun berlalu, keduanya bertemu semula di sebuah firma penilaian hartanah. Seorang ketua yang terkenal dengan personanya yang tersendiri, dan seorang lagi pelajar praktikal yang anggun bergaya.

    “Rindu Sofrina? Very nice name. So, nak panggil apa?”- NOAH SAFWAN
    “Boleh panggil saya, Sof atau Rina. Kalau encik panggil Rindu, tak sesuai rasanya. Bukan apa, saya takut ramai yang salah faham. Yalah, orang ingat encik rindukan saya pula nanti.”- RINDU SOFRINA

    Hubungan mereka biasa-biasa sahaja, tidak lebih dari hubungan antara seorang ketua dengan pekerja. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Namun, kebaikan serta sikap romantik yang ditonjolkan oleh seorang pemuda yang sering berdampingan dengan Rindu Sofrina, menjadi punca Noah Safwan tidak senang hati lantas bersuara ingin tahu.

    “Your next husband?”- NOAH SAFWAN
    “Yup! Sepadan tak?”- RINDU SOFRINA
    “Ya, memang sepadan. Seperti kopi dengan susu, tinggal lagi untuk dijirus dengan air panas. Barulah jadi kopi susu. Tak gitu?”- NOAH SAFWAN

    Di saat hati Rindu Sofrina kembang dengan cinta baharu, ada ketakutan yang sentiasa membayangi kehidupannya. Namun kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila rahsia yang disimpan kemas telah tersebar sebelum dirinya benar-benar bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan itu. Dirinya dihina dan dikeji tanpa henti. Di saat tiada yang membela, Noah Safwan muncul menjadi hero lantas membawa gadis itu pergi jauh dari segala caci maki mulut manusia yang tidak berhati perut.

    “Perempuan gemuk ni bekas bini kau kan? Kau nak bela sangat betina ni? Hah, silakan.”- NAQIB
    “Aku pernah jadi ex-husband Rindu Sofrina. Sejahat-jahat aku, tak pernah aku kutuk dan hina bentuk fizikal dia.”- NOAH SAFWAN

    Tetapi, yang menjadi persoalannya, siapakah yang membocorkan rahsia itu? Sofrina buntu. Benarkah Naqib meninggalkan dirinya kerana status janda yang disandang? Atau ada sebab lain yang dia sendiri tidak tahu? Siapa pula yang tergamak membocorkan rahsia sulit itu hingga menjadi punca Rindu Sofrina dimalukan di hadapan keluarga Naqib? Adakah kerja licik lelaki bernama Noah Safwan? Atau, ini satu konspirasi yang diatur keluarga? Atau ia hanya sekadar asbab yang bakal menyatukan dua jiwa kepada perkahwinan kedua?
    Segalanya akan terungkai dalam MY NEXT HUSBAND?”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Cik Isteri Dan Encik Suami

    ★★★★★

    Airisz

    Book 1

    The Bachelor #2 : My Cold-Blooded Prince

    ★★★★★

    Ameera Ameer

    Book 1

    Bahagia Yang Tertangguh

    ★★★★★

    Rissa Ahdiya

    Book 1

    Tuan Anas Mikael

    ★★★★★

    Syamnuriezmil

    Book 1

    Piah Di Hati Mr. Beku

    ★★★★★

    Mia Azwari

    Book 1

    Si Fueras Mia

    ★★★★★

    Aein Dhiyauddin

    Book 1

    EZRAEL: Bad Romance

    ★★★★★

    Suci Hidayat

    Book 1

    Sweet & Dangerous

    ★★★★★

    Fazlyn Ridz

    Book 1

    Garis Masa

    ★★★★★

    Nur Izzah Hani

    Book 1

    Bibik Milenium

    ★★★★★

    Aein Dhiyauddin

    Book 1

    Layakkah Aku?

    ★★★★★

    Azura Rasiddin

    Book 1

    Mr. Delicious

    ★★★★★

    Marissa

    Book 1

    Jodoh yang Sekadar Singgah

    ★★★★★

    Ezza Mysara