Calon Suami Buat Novelis
(By Eliza Ab) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Eliza Ab |
Qaira Nur Imani, seorang novelis yang serik untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah tiga kali dia kecewa kerana bertepuk sebelah tangan. Lantaran itu, pintu hatinya ditutup buat insan yang bergelar lelaki. Namun, perkara itu tidak menghalang Puan Noriani mencari calon suami untuk anaknya itu.
“Selagi Aira tak bawa calon untuk ibu, selagi itu ibu akan kacau hidup Aira!” - Puan Noraini
Bagi Qaira Nur Imani, nak cari calon suami bukan semudah ABC. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa serta dapat menggetarkan naluri perempuannya. Kalau boleh, dia menginginkan seorang suami sama seperti hero-hero dalam novelnya.
Pertemuan dengan jejaka kacak Hadif Asyraf merubah hidup Qaira Nur Imani. Hadif Asyraf yang juga mempunyai masalah yang sama dengan Qaira Nur Imani melamar Qaira Nur Imani walaupun mereka baru berkenalan. Bagi Hadif Asyraf, dia yakin dengan prinsip 5B ciptaannya. Berkenalan, berkawan, bercinta, berkahwin dan bahagia.
“Aku nak melamar kau jadi isteri aku. Kita kahwin?” - Hadif Asyraf
“Memang kita dah berkenalan. Kita pun dah berkawan. Tapi kita belum bercinta. Mana boleh berkahwin terus?” - Qaira Nur Imani
“Kalau macam tu, kita kahwin kemudian kita bercinta. Aku nak jadi hero kau selama-lamanya.”- Hadif Asyraf
Qaira Nur Imani dalam dilema. Calon sudah ada tapi mampukah Hadif Asyraf menjadi calon suami buatnya seperti yang diidamkan? Mampukah dia membuka pintu hatinya buat Hadif Asyraf buat kesekian kalinya?”