“Book Descriptions: Apabila digemparkan dengan berita pembunuhan ngeri yang berlaku dalam negara, keinginan Sarah untuk mencari pembunuh bersiri itu membuak-buak. Kenapa? Kerana Sarah merasakan dia sudah bertemu dengan duplicia-nya.
Dia sama seperti Sarah beberapa tahun lalu – seorang pembunuh genius yang pandai memanipulasi keadaan. Semakin banyak persoalan dirungkai, semakin Sarah yakin pembunuh itu juga bersifat talam dua muka, bermakna suspek yang dikejar mungkin bukan langsung pelaku sebenarnya.
Saat Sarah akhirnya berjaya menjejaki pembunuh itu, dia diugut dengan kisah lampaunya. Tapi, pembunuh itu khilaf seperkara – bukankah Sarah duplicia-nya?” DRIVE