“Book Descriptions: Kerana satu malam yang hampir menjadi tragedi, Didi mula dikejar lelaki yang tidak diingininya. Entah kenapa pemilik empayar yang disegani ramai punya begitu banyak masa untuk dihabiskan bersamanya.
Soalnya sekarang, dia tidak punya masa untuk melayan lelaki itu. Pergi main jauh-jauh!
**************
“Marah?” Mana dia dapat nombor aku ni?! “You nak apa?” soal Didi sinis. “You,” balas suara garau di hujung talian. Dasar buaya tembaga. Playboy besar! “Oh, you nak I?” soal Didi lembut. Terdengar tawa di hujung talian. “I nak you, Didi.” “I’m not yours.” “You will be mine.” “In your dreams.” “Such a sweet dream.” Mendidih hati Didi mendengar balasan yang cukup bersahaja itu. Lagi dia cuba berlagak seperti tiada apa-apa, lagi seronok lelaki itu bermain kata. Benci!” DRIVE