Sepetang di Haeundae
(By Ahmad bin Abdul) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Ahmad bin Abdul |
Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Tangan saya sudah memegang gelas berisi soju, dan kini semua orang sedang bersorak menunggu saya minum. Saya jadi panik, dan semua muzik yang dipasang di padang besbol itu tidak lagi masuk ke dalam gegendang telinga saya. Inilah perkara yang terjadi apabila saya cemas. Saya tahu bahawa saya tidak boleh minum soju, tetapi bagaimana harus saya beritahu mereka yang sedang bersorak-sorak gembira ini?
“Masyeora! Masyeora! Masyeora! (Minum! Minum! Minum!)”
Sepetang di Busan yang lepas, saya telah mengalami jatuh dan bangun dalam hidup. Kini, perkara itu berulang lagi.
Bermastautin di negara asing mendedahkan diri kepada pelbagai cabaran dan rintangan yang sukar dijangkakan. Dalam membuat satu-satu pilihan, sentiasa akan membawa kepada akibat yang kadangkala tak termampu untuk dikawal. Saya terpaksa bekerja keras dan beradaptasi demi kelangsungan hidup di sini.
Saya tidak mampu pulang ke negara asal kerana berhutang dengan kerajaan Korea. Dan jika saya gagal dalam ujian ini, saya telah membazirkan hayat saya selama satu tahun dengan sia-sia sahaja.
Sekarang, pilihlah. Mahu jadi lebih hebat, atau mati dalam kegagalan.”