Kunci Hati Hanim
(By Jaja Ahmad) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Jaja Ahmad |
Hanya kerana bait ayat itu, IZZAT tegar melamar HANIM untuk dijadikan isterinya. Namun bukan semudah itu untuk seorang Hanim menerima lelaki yang baru dikenali.
“Beri saya peluang Hanim.” – Izzat
“Peluang apa?” – Hanim
“Peluang untuk jaga awak.” – Izzat
“Macam mana saya nak beri awak peluang sedangkan peluang itu tidak pernah wujud pun?” – Hanim
“Hanim…” – Izzat
Hanim yang kecewa… Hanim yang terluka… bukan hanya dalam kisah cinta, tetapi dalam kisah kehidupannya juga. Pelbagai kisah sedih terpaksa Hanim hadapi, tetapi Izzat tetap menghampiri dan menawarkan diri untuk melindungi.
“Ya, saya dah jelas tentang status awak. Tapi itu tidak bermakna yang saya sudah lupakan niat saya itu, Hanim. Saya masih nak jadikan awak isteri saya.” – Izzat
“Tapi kenapa saya?” – Hanim
“Tolong jangan tanya kenapa lagi Hanim.” – Izzat
Izzatlah suami, Izzatlah sahabat. Izzatlah kekasih, Izzat jugalah penasihat. Izzat telah merubah segalanya. Kisah cinta Hanim kembali berwarna. Tetapi mampukah kisah kehidupannya turut berwarna-warni seperti kisah cintanya? Ataukah akan kekal kelam sehingga akhir usia?
“Walau apa pun yang terjadi, walau siapa pun saya di mata awak, saya akan tetap di sini, sentiasa menanti awak kembali semula ke dalam dakapan saya.” – Izzat”