Cinta Zara
(By Aein Dhiyauddin) Read EbookSize | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Aein Dhiyauddin |
“Kalau tak cinta kenapa mesti pura-pura mencinta? Kenapa manjakan saya? Kenapa layan saya macam permaisuri? Kenapa! Kenapa!”- Zara Aulia
Enggan dibelenggu kekecewaan, dia membawa diri.
Selepas bertahun-tahun dia kembali ke Kuala Lumpur untuk satu misi. Misi yang bakal merubah perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan seseorang membuatkan dia terkesima. Selepas bertahun-tahun, senyuman seorang jejaka menambat hatinya. Namun begitu, dia serik untuk menghulurkan cinta buat mana-mana lelaki.
Hati DANIEL HADEE sudah terpaut sejak kali pertama bertentang mata dengan Zara. Dia sedar sesuatu, pasti Allah menghadirkan bidadari cantik ini untuknya. Dia sanggup buat apa saja untuk menambat hati Zara.
“Awak jangan bagi hati awak kat lelaki lain. Saya nak terjun masuk dalam tu. Dan duduk dalam hati awak hingga akhir hayat saya.” - Daniel Hadee
Berkali-kali Zara menolak lamarannya. Tapi dia yakin, suatu hari nanti hati Zara bakal menjadi miliknya. Di sebalik penolakan Zara, dia tahu sekeping hati itu merindui secebis cinta seorang lelaki, namun kelukaan membuatkan Zara trauma.
“Izinkan saya membahagiakan awak. Kali ni saya berjanji hanya awak sahaja yang akan jadi permaisuri hati saya hingga akhir hayat.” - Ammar Syafiq
Pertemuan kembali AMMAR SYAFIQ dengan Zara selepas bertahun-tahun membuatkan dia yakin jodoh mereka masih ada. Dia hanya perlu memujuk Zara untuk menerimanya semula. Dia yakin cinta Zara masih utuh buatnya.
‘Setia menantimu menerima aku kembali.’ - Ammar Syafiq.
‘Sudikah awak jadi permaisuri hidup saya?’ - Daniel Hadee.
Zara tersepit antara dua cinta. Cinta lelaki yang pernah membuatkan dia bahagia dan terluka, atau cinta jejaka yang membuatkan hatinya berbunga kembali. Siapakah yang patut dia pilih untuk menjadi imamnya? Atau haruskah dia lari sekali lagi?”