“Book Descriptions: Buku ini dikhususkan untuk para lelaki yang merupakan ketua dalam sebuah keluarga. Besar tanggungjawab lelaki, bahkan di dalam Islam sudah menetapkan lelaki yang perlu menyediakan nafkah zahir seperti rumah, pakaian dan makanan kepada keluarganya.
Sekiranya bercerai sekalipun, suami tetap mempunyai tanggungjawab untuk tempoh tertentu untuk bekas isterinya dan mempunyai tanggungjawab menanggung nafkah ke atas anak-anaknya.
Justeru, buku ini memberi panduan dalam pengurusan kewangan yang lebih efektif agar perancangan ekonomi keluarga lebih teratur dan terancang.” DRIVE