Aku Telah Mencintaimu
(By Rehan Makhtar) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Rehan Makhtar |
"Harga masa ni terlalu mahal, Reza. Awak tak akan mampu belinya.." - Willa
"Apa sahaja harga, aku bayar." - Reza
Willa mahu serahkan masanya untuk Reza. Percuma. Tapi, dia tak mampu. Akhirnya, dengan berat hati, tawaran Reza diterima. Tapi, Reza berubah tamak. Reza mahukan masa yang selamanya dengan Willa.
"Macam mana kalau aku tak bagi kau pergi nanti?" - Reza
"Sampai masa saya akan pergi sama ada Encik Reza bagi ataupun tidak.." - Willa
Willa tak tipu. Dia akan pergi nanti. Kala Reza temui jawapan, ianya sudah terlambat. Tapi, katalah apa saja. Dia mahu jadi suami Willa biarpun sesaat. Namun, Tuhan lebih menyayangi gadis itu. Seperti yang pernah Willa kata, tiada apa di dunia ini bergerak atas telunjuk manusia; Reza reda.
Kini, hidup dunia Reza adalah demi akhirat. Hati yang tak pernah padam dengan rindu pada Willa bergelora bila wajah mirip Willa muncul. Adakah itu Willa; cinta hatinya? Tak... Willa dah lama pergi. Gamaknya, itu pelanduk dua serupa.
"Awak ada kembar ke?" - Reza
"Tak ada..." - Alis
Willa dan Alis hanya ada satu persamaan. Wajah yang mirip. Yang lain, semua berbeza. Tapi dia tahu, dia mula jatuh hati pada perempuan ini.
"Saya cintakan awak, Alis" - Reza
"Cinta saya atau cinta wajah saya?" - Alis
Reza terngadah. Apa yang nak dijawab dengan telahan Alis? Adakah dia jatuh cinta pada orang yang berbeza dengan wajah serupa? Atau jatuh cinta kali kedua pada orang yang sama?
"Namun, andai ini hanya mimpi mengusik kenangan silam, mengapa hangat tanganmu kuterasa?" - Reza
Mencari kepastian itu, seperti mencari permata di dalam timbunan kaca. Sekali lagi, Reza reda.”