“Book Descriptions: Ini bukan kisah cinta. Jauh sekali kisah hantu terbang sini dan sana. Ini cerita seorang lelaki yang bergelar abang. Tentang bagaimana dia terpaksa berkorban banyak perkara untuk adik perempuannya. Hidupnya berubah seratus peratus sejak kepulangan adiknya itu. Edika adalah seorang lelaki yang biasa-biasa. Dia mempunyai bisnes kafe yang dibuka bersama dengan rakan baiknya, Mael yang juga seorang mata duitan. Cerita bermula apabila adik perempuannya, Marni pulang ke rumah setelah tamat belajar dan akan menghadapi latihan praktikum. Hakikatnya, Edika tak senang dengan kepulangan adiknya yang dia ramal akan menyusahkan hidupnya. Ya, dia tak sukakan adik perempuannya itu, Marni. Bila ibunya beritahu yang Marni mahu berkahwin dan Edika perlu berkahwin dulu sebelum adiknya, dia semakin serabut. Dia masih belum bersedia. Puas dia memujuk ibunya tapi tak berhasil. Akibat kedegilannya, Marni tiba-tiba hilang dan rupanya dia telah pergi ke rumah kekasihnya untuk sebagai tanda dia merajuk. Bagi mengelakkan daripada adiknya itu buat kerja gila, Edika bersetuju dengan syarat ibunya. Cuma, dia masih tiada calon. Mael mencadangkan Edika untuk ke sebuah agensi cari jodoh. Sepanjang pertemuannya di sana, Edika telah dikenenkan dengan tiga orang gadis. Sekadar menurut, Edika bertemu janji dengan ketiga-tiga gadis tersebut. Segalanya nampak indah di mata ibunya, Marni dan juga Mael kerana bagi mereka, Edika telah terbuka hati. Namun tak lama kemudian, Edika mendapat berita daripada agensi mengatakan salah seorang gadis yang menjadi pasangannya telah mati lemas di sebuah lombong. Punca kematian masih tak dapat dikesan. Beberapa hari kemudian pula pasangannya yang kedua telah dilanggar kereta tapi terselamat. Edika berasa tidak sedap hati dan cuba menghubungi pasangannya yang ketiga. Sewaktu Edika tiba di rumahnya untuk memberi amaran, wanita itu telah pun mati akibat diracun. Dalam masa yang sama, bisnes kafe Edika hampir lingkup kerana Mael telah menggunakan wang syarikat untuk dilaburkan tanpa pengetahuannya dan duit tersebut telah dilarikan. Cerita ini mengisahkan tentang kekeluargaan, persahabatan, cemburu, sifat tamak dan penyiasatan.” DRIVE