“Book Descriptions: 29 cerpen yang terkandung di dalam kompilasi ini terbahagi kepada lima bahagian yang secara tematik berkait, menggunakan judul-judul filem sebagai pembahagi. Gila-Gila Remaja mengumpulkan cerpen-cerpen bernuansa bebas, riang dan muda dari cerita mandi sungai hingga ke scene seni dan pembukuan. Chinta Kaseh Sayang pula mengumpulkan cerpen-cerpen yang merangkumi pelbagai spektrum hubungan. Mata Shaitan mengumpulkan cerpen-cerpen krisis existensial yang gelap, lucu dan tragis. Bayangan di Waktu Fajar mengumpulkan cerpen-cerpen berbentuk refleksi dan imejan persis fosil memori yang dirakam kamera. Terakhir Sultan Mahmud Mangkat Dijulang mengumpulkan cerpen-cerpen yang lebih politikal dalam skala domestik baik sebagai seorang anak yang ingkar ke masjid untuk sembahyang Jumaat mahu pun kehidupan seorang novelis prolifik yang penuh pancaroba.” DRIVE