1 Pengakuan 9 Luahan
(By Azura Rasiddin) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Azura Rasiddin |
Pertemuan dengan bekas suaminya itu membuatkan dia terkenang kembali tragedi yang berlaku enam tahun lepas. Tragedi yang telah merubah kehidupannya 360 darjah.
“Aku benci kau, pembunuh!”– Dhira
Tempikan, herdikan dan kata-kata hinaan pada enam tahun lepas masih tersemat rapi di kotak fikiran Zafran, masih menghantui dirinya. Sementara Dhira pula dihimpit rasa bersalah kerana kata-katanya itu, menyesali kerterlanjuran bicaranya.
Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan yang pada mulanya janggal bertukar mesra. Gelak tawa dan senda gurau menghiasi hari mereka.
“Awak nak kahwin dengan saya semula tak?” – Dhira
“Maaf. Saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya tak nak ulang kesilapan saya.” – Zafran
Itu jawapan Zafran tetapi tiba-tiba dia menghantar rombongan meminang.
“Sebelum kita bernikah, awak boleh tarik diri. Tapi lepas kita bernikah, saya tak akan lepaskan awak lagi.” – Zafran
Mana mungkin Dhira tarik diri sedangkan dia ingin memiliki Zafran. Namun, rumah tangga mereka tidak seperti orang lain. Zafran seolah-olah membina tembok antara mereka. Dhira tahu kenapa tembok itu wujud dan dia nekad untuk runtuhkan tembok itu dengan 1 Pengakuan 9 Luahannya.
Ikuti Dhira dalam misi menambat hati si suami yang masih ditenggelami dengan kenangan lalu. Berjayakah Dhira menamatkan 1 Pengakuan 9 Luahannya? Atau masih ada luahan yang tidak terungkap?”