“Book Descriptions: Jika Seorang Tua Di Kaki Gunung adalah dunia warga tua yang cukup menyayu dan mengesankan, Sinappapal pula adalah selaman pengarang pada dunia kanak-kanak yang gembira, lucu dan sedih. Sinappapal adalah kanak-kanak India yang hidup dalam serba kekurangan tetapi penuh kejujuran dan kebaikan. Persahabatannya yang akrab dengan Zul membawa pembaca ke alam kanak-kanak yang indah dan penuh kenangan. Kisah mereka di dalam kelas dengan kawan-kawan nakal seperti Gordi Sing, Leong dan Mazni hidup dengan spontan. Bahasa yang mudah, dialog yang ringkas, humor dan penggambaran watak serta latar yang praktik, Sinappapal adalah sebuah novel yang harus dimiliki oleh pembaca kerana Sinappapal juga adalah dunia kanak-kanak yang pernah menjadi milik setiap daripada kita. Azizi Haji Abdullah, pengarang serba boleh ini memang mempunyai keunikannya yang tersendiri.” DRIVE