Abang Bomba, I Love You
(By Mia Kiff) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Mia Kiff |
“Sekuntum Lily tidaklah begitu menarik kerana warnanya pudar dan tidak indah dipandang. Pandang sekali cuma, tiada lagi pandangan kedua dan seterusnya. Namun, kesucian dan ketenangan yang dirasakan ketika menyentuh auranya membuatkan ia kembali diraih oleh mata yang pernah buta menilai keindahannya.
Setangkai Mawar yang mengamit sang pencinta untuk memuja keunikannya. Mekar mewangi, berseri-seri dan memanggil-manggil jiwa yang terpukau dek keindahannya. Durinya yang berbisa, sungguh melukakan.”—- Rayqal
Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.
Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.
Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?”