“Book Descriptions: Dunia sudah ditenggelami air dan daratan hanya tinggal secebis, lalu manusia menetap di lautan dengan membina stesen-stesen penempatan.
Stesen Universiti Skudai, seorang perempuan bersama-sama suami dan anak perempuannya sedang menunggu seorang kanak-kanak lelaki yang diambilnya sebagai anak angkat daripada Futurgen.
Di dasar Laut Timor seorang lelaki yang bernafas bagaikan ikan sedang menghampiri bangkai Cosuteaun Star untuk melaksanakan misinya.
Peristiwa demi peristiwa dilalui, Subjek Sifar @ Humam cuba mengenal diri, mencari asal-usul dan kewajaran dirinya diciptakan.” DRIVE