“Book Descriptions: Tan Sri Hisham mahu menjual salah sebuah banglonya! Fasha yang mendengar, segera merayu mahu memiliki rumah itu. Pada Fasha, memiliki banglo sendiri membuatkan dirinya setaraf Justin Bieber ~ selebriti yang ada rumah seawal usia remaja! Malangnya Fasha tidak mengetahui, banglo yang dimahukannya itu terdapat dua orang anak-beranak yang tinggal di situ. Seri dan ayahnya, dapat tinggal di Banglo Pink atas ehsan penyewa lama... Nenek Elizabeth. Namun setelah nenek itu meninggal dunia, Seri dan ayahnya tiada hak menumpang teduh. Sebaik memiliki Banglo Pink, Fasha terus mengadakan parti teh untuk warga sekolah. Tujuannya, menunjuk-nunjuk pada tahap maksima! Ketika itulah, Seri terpaksa menyamar menjadi orang gaji dan ayahnya pula sebagai tukang kebun. Sepanjang masa juga, Seri merancang pelan cuba mensabotaj Fasha... biar tidak kekal lama di banglo. Parti teh mahu dirosakkan makanan. Banglo Pink pula direncana supaya tampak berhantu dan menakutkan. Sesungguhnya Seri tidak tahan melayan Fasha yang banyak permintaan mengalahkan puteri kayangan! Lalu berlakukan perebutan mendapatkan Banglo Pink. Mampukah Seri bertahan? Atau Fasha dengan bantuan The Wannababes akan menang? Ikuti kisah kelakar terselit info dekorasi ini, pasti menghiburkan hati!” DRIVE