Cuma Aku, Lukaku, dan Tuhanku
(By Hafizul Faiz) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Hafizul Faiz |
Ketika dunia memaksa kita untuk menjadi terlalu peduli dengan semua hal dan peristiwa, al-Quran datang membimbing kita untuk bertenang, dan cintailah diri sendiri sedalamnya.
Ketika dunia menjadi tidak adil, al-Quran memberitahu kita bahawa ketidakadilan di dunia hanya boleh dipatahkan oleh keadilan syurga.
Ketika dunia menyuruh kita berlumba-lumba, al-Quran menyuruh kita untuk berehat dan percaya dengan takdir yang telah disusun buat kita.
Begitulah, sesakit apapun dunia menampar kita, al-Quran sentiasa menawarkan cara untuk kita berbahagia. Dan segala sakit akan sembuh, segala resah akan reda.
Buku ini – selain terkumpulnya nota-nota lengkap 30 juzuk al-Quran sebagai rujukan, ia menjadi sangat istimewa ketika Hafizul Faiz membawa kita menelusuri 30 juzuk al-Quran tersebut dengan catatan-catatan peribadi dan reflektifnya.
Ia penuh dengan makna, terjahit dengan gelut emosi yang membara, dan tertumbuh di atas bara kejujuran yang sedang sengsara dengan dunia.”