Anugerah Terindah
(By Sophilea) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Sophilea |
-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana
PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.
…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.
Sekian.
I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.
MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.
“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”
Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.
“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.
DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…”