BookShared
  • MEMBER AREA    
  • Silaturahim

    (By Adnil Zaff)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 29 MB (29,088 KB)
    Format PDF
    Downloaded 696 times
    Last checked 16 Hour ago!
    Author Adnil Zaff
    “Book Descriptions: Farah Mehrunissa gadis berasal dari Palestin yang menjadi pelarian sepanjang hidupnya. Kisah bermula apabila dia diambil sebagai anak angkat kepada seorang diplomat asing yang ternama dari Malaysia bernama Tan Sri Abbas. Dengan tujuan agar Farah bebas dari kekejaman perang dan mendapat kewarganegaraan seperti orang lain.

    Sayangnya, ianya tidak semudah itu. Dari satu dahan ke satu dahan, Farah berhijrah ke banyak negara agar dirinya diterima sebagai rakyat. Nasibnya baik, dia diterima bekerja di Arab Saudi sebagai pramugari Saudi Arabian dan bertugas untuk orang kenamaan.

    Namun cerah tidak selalunya sampai ke petang. Apatah lagi di dalam keluarga Tan Sri Abbas ramai yang melibatkan diri politik antarabangsa. Mereka ada haluan yang berbeza yang menyebabkan anak dan ayah bersengketa.

    Konflik hidupnya panjang. Bermula sebagai anak angkat yang tidak diterima oleh abang dan kakak-kakak angkat yang cemburu dengan perhatian ibu dan ayah mereka ke atas anak pelarian. Setelah Tan Sri Abbas meninggal dunia, lelaki itu mewasiatkan Farah agar dinikahi oleh Luqman Nahij, satu-satunya cucu lelakinya.

    Luqman pula jatuh cinta kepada kecantikan gadis Arab-Palestine yang pemalu itu. Lalu bermulalah perjalanannya untuk menunaikan amanah datuknya agar menjaga permata keluarga itu.

    Sayangnya Farah tidak diterima oleh kesemua adik beradik angkatnya atas pelbagai sebab. Ibu dan bapa Luqman juga tidak setuju menerima Farah sebagai menantu. Namun Luqman lelaki yang tidak mudah mengalah. Dia bertekad demi cinta, demi simpatinya, demi wasiat datuknya dan demi saudara sesama islam yang sudah lama disisihkan dunia.
    Dia hanya pendatang. Semua orang itu adalah pendatang di atas dunia namun tidak semua orang sedar itu. memandang rendah, mata duitan... konflik itu bermain dalam keluarga itu menyebabkan Farah dilihat sebagai masalah dalam keluarga itu.

    Mampukah gadis itu hidup seperti orang lain? Kisah ini membawa secebis saja kisah pergolakan dunia. Ada banyak air mata telah mengalir dan banyak darah yang tertumpah semata-mata demi satu matlamat yakni hidup!”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Lovely Badass

    ★★★★★

    Fazlyn Ridz

    Book 1

    Mr. & Mrs. Liar

    ★★★★★

    Fazlyn Ridz

    Book 1

    Dia Untuk Aku

    ★★★★★

    Rehan Makhtar

    Book 1

    Sumpah

    ★★★★★

    Rehan Makhtar