“Book Descriptions: Kata Hamka, beliau pergi ke negeri Arab khususnya Mekah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, ke Amerika pula mencari sumber kekuatan akal. “Benua sebesar itu, Negara sebesar dan seluas itu, mempunyai hal-hal yang patut dipelajari darinribuan segi. Sedang masanya hanya empat bulan. Alangkah sedikit! Sebab itu tidak ada jalan lain bagi saya, hanya membatasi apa yang akan saya pelajari itu. Jangan banyak-banyak! Supaya jangan kecewa nantinya. Maka saya simpulkanlah maksud perjalanan itu kepada tiga perkara sahaja. Itu pun sudah banyak.” DRIVE