Ramadan kali ini Anna dah tak sendiri lagi. Sahur dan berbukanya ditemani Fathur dan kandungan yang kian membesar. Tetapi, masih belum berdamaikah Anna dengan diri dan orang disekelilingnya? Benarkah lukanya telah sembuh atau masih tersisa rasa ngilu yang membekas?
“Kau faham tak rasa sesak dia macam mana? Kau dah memaafkan tapi orang tak faham yang kemaafan kau tu maksudnya kau dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia?” – Anna
Pembuka Kebahagiaan – Aisyahros
Fariha untuk Fathi,Fathi untuk Fariha. Itu pasti, dan kisah ini hanyalah kisah milik dua insan tersebut yang terkadang manis, terkadang perit. Namun, kedua-duanya yakin bahawa semua itu ialah anugerah daripada Dia yang Maha Baik. Dan saat ini, kisah kebahagiaan itu disaksikan oleh mereka, daripada helaian buku yang tersimpan berjuta-juta memori.
“I can do nothing but love her more and more, as each day passes.” – Hud Fathi” DRIVE