Milik Aku: Iskandar
(By Asyraaf Hazen) Read EbookSize | 22 MB (22,081 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 598 times |
Last checked | 9 Hour ago! |
Author | Asyraaf Hazen |
Zaheen Iskandar, lelaki yang punya segala-galanya. Dia bagaikan burung yang terbang bebas di langit biru, menggapai segala kemahuannya. Meskipun begitu, baginya kebahagiaan bukanlah di saat kita memiliki kesempurnaan, namun ketika kita dapat menerima ketidaksempurnaan dengan tulus dan ikhlas.
“Tak ada manusia atau satu perkara pun yang wujud dalam dunia ni, tak berguna. Sampaikan debu pun berguna untuk bertayamum bila air tak ada.” – Zaheen Iskandar
Arreya Marissa, gadis polos yang bersih hatinya. Impian hidupnya hanyalah untuk membahagiakan Puan Arisah. Dia nampak biasa, namun terselit sayap yang cacat membuat dia terpaksa menjadi luar biasa.
“Rey percayakan dia orang, ma. Kenapa dia orang buat Rey macam ni?” – Arreya Marissa
Takdir yang diatur oleh Sang Pencipta ibarat untaian benang sutera yang dirajut dengan penuh kehalusan. Setiap jalan yang ditempuhi adalah bahagian daripada rancangan-Nya yang sempurna.
Disulami asmara yang indah, diiringi duka yang lara. Kedua-duanya silih berganti. Hubungan yang didasari aturan keluarga mendapat tentangan dalam diam yang cuba memisahkan kebahagiaan yang baru dikecapi. Isu sekufu dijadikan permainan.
Mampukah akhirnya nanti mereka setaraf? Masih adakah luka yang mendalam menjadi halangan antara Arreya dan Zaheen?
“Andai kata nanti kalau abang jumpa perempuan lain yang...” – Arreya Marissa
“Siapa kata kita akan berpisah?” – Zaheen Iskandar
Rasa yang sama dengan orang yang sama. Dalam perjalanan mencari cinta, seperti sebuah kisah yang tak pernah selesai, terdapat duri menghiris ke dalam jiwa seakan-akan pedang yang menusuk hingga ke dasar hati kerana…
“Dendam… perkara yang mampu menghancurkan diri apabila tiba masanya nanti.””