“Book Descriptions: Pada satu malam, Farid dan kawan baiknya, Niko memecah masuk sebuah bangunan hospital lama. Di situ, Farid telah menemui sebuah anak patung yang cantik lalu membawanya balik. Sejak itu pelbagai kejadian aneh mula menimpa keluarganya.
“Sama ada puan percaya atau tidak, anak-anak patung di sini mempunyai roh mereka sendiri. Mereka bukan anak patung biasa, mereka anak-anak ibu seperti anak-anak manusia yang lainnya.” MAE KA
“Kamu kena tahu. Luk Thep bukan barang permainan. Dia bukan anak patung. Dia ada roh. Kalau kamu tak jaga dengan betul, mungkin akan berlaku musibah.” AREE.
Benarkah anak patung itu yang menjadi puncanya? Berjayakah Farid membuang anak patung itu untuk menyelamatkan keadaan?