“Book Descriptions:Bukankah pada air sungai yang mengalir, kelikir beralah menjadi pasir?
Apabila kita dilontar bermakna kita tiada kawalan terhadap sesuatu. Sebegitulah takdir melontar kita ke destinasi yang tidak kita ketahui. Lalu, kita berserah sepenuhnya kepada siapa? Sudah pasti kepada Tuhan! Walau di mana kita jatuh sekalipun, di situlah tempat kita memancarkan cahaya.
Saat kita dilontar ke langit, kita berusaha menjadi bintang. Apabila dilontar pula ke bumi, harap-harapnya kita menjadi intan.
Naskhah Dilontar ke Langit Menjadi Bintang ini meniupkan pesan-pesan semangat yang menghidupkan jiwa. Ungkapannya boleh dikongsi bersama sahabat yang memerlukan atau anakanda yang mencari suara bondanya yang hilang; atau sebagai pemberian daripada guru kepada muridnya yang tersayang.
Semoga buku ini menawarkan makna dan tafsiran yang berbeza setiap kali dibaca kerana pengalaman hidup kita sentiasa berubah.” DRIVE