“Book Descriptions: Malam yang penuh acara di SMKA Kota Senja atau lebih dikenali sebagai SMAX. Di Dewan Besar, para pelajar baharu sedang melalui proses orientasi. Di kelas-kelas dalam bangunan sekolah, para pelajar lama sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Tapi nun di tingkat bawah, bertemankan malap lampu kalimantang dan tersorok di balik koperasi sekolah, seorang pemuda bernama Hadi dan seorang gadis yang mahu digelar Dot menghabiskan waktu prep malam mereka dengan kisah-kisah seram yang pernah menjadi topik perbualan di sekolah mereka.
Ada kisah Manggis dan Sawi yang cuba menakutkan pelajar junior mereka, Si Jongang dengan kisah 'Hantu Separuh'. Ada pula cerita malang Sara yang hanya mahu hidup aman dan tenteram di Dorm 46. Ada kisah cermin nombor tiga tandas Aspura yang kononnya menyimpan refleksi selebriti terkenal.
“Biar saya ingatkan. Hantu tak wujud, apatah lagi hantu yang kejar orang.”- Ustaz Nadimin
“Separuh badannya tersembunyi di balik tangga. Kepalanya dibengkokkan ke kanan, macam mengintai saya. Rambutnya yang putih panjang mengurai.” - Nisa
“Mungkin dorm kau ada penunggu agaknya. Atau mungkin ada benda tak elok nak kacau kau.” - Mastura” DRIVE