Adakah Ini Yang Terbaik? Memahami Seni Berinteraksi dengan Tuhan Melalui Istikharah Sebelum Membuat Pilihan
(By Nazrin Nashir) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Nazrin Nashir |
“Betul ke ini keputusan yang aku patut buat?”
Dalam satu hari, kita dihadapkan dengan seribu satu pilihan. Masa pula bergerak laju, bagaikan mendesak kita untuk membuat keputusan serta-merta.
Semua ikhtiar kita lakukan — bertanya rakan dan pakar, juga merujuk artikel — agar tidak salah memilih. Namun, apabila usaha tidak berhasil, kita bingung.
Apa yang silap?
Mungkin, sewaktu kita mencari bantuan daripada orang lain, kita terlupa bahawa tiada pun yang lebih mengetahui apa yang terbaik selain Allah SWT. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, maksudnya;
“Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah.”
Menerusi buku ini, Nazrin Nashir melakar semula peranan dan makna istikharah; dalam kehidupan yang dipenuhi perkara memeningkan fikiran dan merunsingkan jiwa. Tatkala kita lemas dalam lautan pilihan yang tidak pernah habis, istikharah muncul sebagai rahmat dan penyuluh jalan daripada Tuhan.”