“Book Descriptions: Pengeboman pejabat Kedutaan Malaysia di Manila menggegarkan banyak hati. Serangan kumpulan pengganas yang digelar Masud Army Group (MAG) itu mengorbankan banyak nyawa, termasuk rakyat Malaysia.
Kata Sheikh Masud, Malaysia perlu menderita! Ada dendam lama belum terlerai. Jika tidak disekat, langkah MAG akan sampai ke Malaysia.
Selepas mengganas di Manila, MAG kembali berkampung di Lembah Maut, lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang sukar ditembusi. Kitango, sebuah perkampungan yang terletak di Lembah Maut menjadi medan pertembungan antara baik dan jahat. Membunuh atau dibunuh. Namun bandar atau hutan bukan halangan buat Skuad Taring Nusa.
Bumi dipijak, langit dijunjung. Arah sekali, hasilnya pasti atau mati!
CAPTION: "Kerana perjuangan ini bukanlah semata-mata untuk diri sendiri, tetapi juga untuk semua orang yang kita sayang.”” DRIVE