“Book Descriptions: Pada umur 17 tahun, Theeban lari dari kampung setelah bergaduh dengan ibu bapanya tentang sebuah basikal.
Dia berpindah ke Kuala Lumpur. Mula-mula dia menginap dengan orang sekampungnya Abang Durai. Namun ada harimau di dalam dirinya yang inginkan hidup yang lebih liar.
Kali pertama dia jejak kaki ke kawasan Chauwat, dia gementar. Chauwat adalah zon gelap di mana semuanya dapat dibeli, dan kesucian hati takkan tahan lama. Pengalamannya dipukul samseng bernama Kaasi membuka jalan untuk dia bekerja sepenuh masa di kawasan itu: mula-mula di pasar menjual barang tiruan, kemudian membuat kerja-kerja yang jauh lebih bahaya.
Dia bermesra dengan Sarah, seorang penari dalam komuniti pelacur, yang dikawal wanita penuh mister yang digelar Ibu. Apabila tubuh dan otak Theeban disumpah kelemahan yang aneh dan mengaibkan, dia ingin lari dari sana. Namun dia tahu, bukan mudah untuk mana-mana lelaki lepas daripada cengkaman Ibu.” DRIVE