“Book Descriptions: Naqi, seorang guru baharu di Sekolah Bukit Lama mengalami pelbagai peristiwa mistik dan paranormal yang amat menakutkan. Semua itu bermula dan semakin menjadi-jadi apabila dia membuka sebuah pintu berkunci yang sering direnung oleh anak muridnya bernama Syafiq. Tanpa diduga, pintu itu telah membebaskan satu entiti yang amat cintakan darah sehingga mengakibatkan kematian yang berulang di Sekolah Bukit Lama. Naqi terpaksa menanggung akibatnya apabila muncul pula individu yang dipercayai, terlibat dalam pemujaan untuk mengikat janji berdarah dengan makhluk yang digelar Cikgu Suhaila itu. Malapetaka ini perlu ditamatkan, atau nyawa yang tidak bersalah terus menjadi korban kepada serakah mantera berjiwa syaitan.” DRIVE